Sunday, 3 April 2011

Waibi jumpa ROWLAND H GOMES

Waibi jumpa ROWLAND GOMES

Suatu hari, Waibi tengah duduk melayan Facebook, tetiba Waibi teringat Mudah.com jadi Waibi masuk la web tersebut. Waibi tengok-tengok mudah.com/sabah. Jadi dengan senang hatinya Waibi tekan search JOB. Waibi tertarik dengan sati artikel ( peluang pekerjaan PARTIME atau FULLTIME ). Tertera nama Ivy, Jadi Waibi sms la sama c Ivy ne, dia pun balas. ‘Please come to our office at Likas Square at 10 am tomorrow’.

Saturday 2nd April 2011

Dengan semangat yang tinggi dan curios, Waibi memandu kereta menuju ke Likas Square. Masa tu baru jam 10 pagi. Setibanya di sana, Waibi pergi la ofisnya, tapi malangnya mereka sedang membersihkan tempat tersebut, ngam-ngam lagi henpon Waibi ne LOWBAT, adui...dengan sepantas kilatnya Waibi balik rumah. Tujuannya untuk mencaskan henpon Waibi la, lagipun Waibi belom sarapan pagi tu. Sesuda sampai di rumah, Waibi cas la henpon Waibi ne, sekali Waibi On, fuhhh banyaknya misskol, semua nombor Waibi tidak kenal. Tetiba ada call masuk, Waibi sambut, dengan pleasantnya terdengar suara seorang lelaki, mempelawa Waibi datang ke ofisnya td. Oooo..baru Waibi ingat.

Waibi drive balik ke Likas Square la, sampai di sana, Waibi dipelawa masuk. Dihidangkan Waibi secawan Nescafe. Makasih ya. Waibi diterangkan tentang pekerjaan partime yang dimaksudkan. Sebenarnya, orang yang bercakap dengan Waibi ini adalah MR. Rowland H Gomes, seorang pengasas GOMES CHARITY ASSOCIATES. Sila la layari http://gomescharity.org/ . Waibi sangat berbangga kerana ada seseorang anak tempatan yang begitu peka dan perihatin terhadap kesensaraan anak-anak yatim di negeri Sabah. Tujuan charity ini dibuat adalah untuk mengumpul dana dan membantu mereka yang dalam kesusahan berdasarkan dengan temanya “Helping the Less Fortunate”.http://gomescharity.org/ 


Oyah, terlupa Waibi mahu kasi tau pasal partime/fulltime tu, begini; sebenarnya Mr. Rowland Gomes ada membuka satu page yang memperkenalkan peluang pekerjaan melaluinya. Melalui program tersebut, kamurang boleh mencari pekerjaan yang terdapat di Malaysia amnya dan Sabah khasnya. Untuk pengetahuan lanjut, kamurang boleh cuba-cuba klik http://gpfreead.com/ . nah...dari sana kamurang baca la apa yang Mr. Rowland maksudkan, atas juga video untk kamurang tonton. Ingat peluang ini hanya sekali sahaja.


Sebenarnya, aiks..berapa kali suda Waibi cakap sebenarnya-sebenarnya ni, ehehehe...tujuan Waibi tulis ne ari bukan la untuk bercerita tentang program tersebut tetapi Waibi ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman Mr. Rowland Gomes seperti yang beliau ceritakan kepada Waibi ne. Dulu beliau menetap di Australia, beliau pernah berniaga, pernah sekali beliau jatuh..hampir semua yang beliau miliki diambil oleh pihak bank. Namun apa yang menarik perhatian Waibi ialah bagaimana beliau berjaya meneruskan perjuangan dan berdiri kembali dan menjadi hantar seorang  yang berjaya. Mari waibi perkenalkan Mr. Rowland sekeluarga. Beliau mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan sangat peramah, juga seorang bekas personaliti TV dan penyanyi tidak asing lagi di negeri Sabah iaitu Madam Sylvia Batin.

Setelah berada di Australia selama beberapa tahun, beliau kembali ke Sabah dan terus memulakan perniagaannya kembali. Untuk pengetahuan kamurang, Mr. Rowland gomes ini sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang. Beliau boleh mengajar orang menyanyi ( tidak asing lagi kerana beliau merupakan seorang penyanyi dan juga mempunyai kelulusan dalam bidang musik ), mengajar berenang, bermain rubik, bermain gitar dan piano, mereka laman sesawang dan pelbagai lagi. Waibi sangat tertarik kepada kemahirang beliau kerana, beliau sentiasa mempunyai citarasa ingin mencuba dan membuat semua perkara.  Beliau juga seorang blogger , kamurang boleh lihat di http://rowlandgomes.com/ . Waibi rasa beliau ini seorang yang unik kerana mempunyai banyak kemahiran. Bukan macam Waibi ini, waibi tahu makan, tido dan makan saja..senyummmmmmm

Waibi sangat-sangat berbangga kerana dapat berkenalan dengan seorang warga yang sangat perihatin dan peka terhadap permasalahan orang-orang yang dalam kesusahan. Selain itu, beliau juga ada berpesan kepada Waibi agar ingat kepada yang Maha Kuasa, kerana apabila kita dalam kesusahan kita mesti yakin kepadanya dan berdoa untuknya. Janganlah pula time susah, kamurang tidak berdoa, jadi apa macam kalau kamurang suda senang? Lagi la kamurang ndak mo ingat sembayang. Mmmm senyummmm.

Ok la kawan-kawan, nampaknya panjang lebar suda Waibi berkata-kata ini, namun apa-apa pun, ingat la, sentiasa berdoa atas apa jua kesulitan yang dialami kerana bukan kamurang saja yang mengalami nasib yang teruk tetapi ada orang lagi yang bernasib lebih teruk. Dalam ruangan ini, waibi ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Mr. Rowland gomes kepada Waibi. Sekian saja untuk malam ini...berjumpa kita dalam ruangan seterusnya OK. 

1 comment: